My New Hobby

My New Hobby..

Sejak bekerja sebagai PKS nie, aku banyak meluangkan masa dengan membaca novel sambil tido.. Actually aku memang minat baca novel nie since aku belajar d politeknik..

Best jg klo bekerja di sekolah nie, bleh pinjam buku dari pusat sumber.. Klo diikutkan novel di Perpustakaan lagi byk, tapi teda masa la mo p Perpustakaan di bandar..

Guru-guru pun banyak jg minat membaca novel, xkira lelaki ka pompuan..

Aku bermula dari Novel Thriller, Penulis Ramlee Awang Murshid.. Antara novel-novelnya yg aku baca Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pecinta, dan Ungu Karmila. Aku mmg minat gila dgn novel nie, lgpun aku nie mmg suka dgn cita-cita thriller nie.. X rugi beli novel nie untuk dijadikan koleksi peribadi, chewah!!

Selepas tu, aku bertukar arah.. Aku cuba untuk membaca buku yang berkaitan dengan cinta, kehidupan seharian, alam rumahtangga dsbgnya.. Bila membaca novel seolah-olah kita tgh tgk telenovela.. Wah!! Tp mmg betul pun.. hihi

Jadi xperlu la tgk tv lagi, huhu.. Hmm, arini aku baru ja abis baca Novel Tanpamu Di Sisi, Penulis Puteri Andalas..

Sinopsis belakang buku:

Aku dagang merempat yg menjauhi lelaki. Rahsia besar keluarga tak mungkin kukongsi. Nasibku berubah sejak mengenali teman bernama Mastura. Semata-mata kerana budi Mastura, aku menyangguupi tugas berat. Memperaga pakaian tradsional di majlis tahunan pejabat di dada pentas. Tanpa kuduga kemunculanku di catwalk mencuri hati seorg jejaka bertaraf mulia. Aku tersedar akhirnya aku bukan malaikat dan terpaksa menerima satu hakikat. Manusia biasa sepertiku mempunyai hati yg kepingin bercinta dan dicinta. Kelopak kasih terbuka disirami belaian kata mesra dan gurau sendanya. Namun aku tidak alpa ada segunung rasa yg amat kugeruni. Apa akan terjadi andainya kisah hitam keluargaku diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima diriku nanti? Sendat dgn rasa serba salah aku lari ke Jakarta. Mencari Achik Niah yg menyimpan segala rahsia.

Jika anda mahu mengetahui rahsiaku ini, ekorilah langkahku ke mana sahaja aku pergi membawa sekeping hati menyusuri laluan yg penuh onak dan duri. mengejar cinta murni yang tersemat di hati nurani.

Hmm, bila ja aku baca sipnopsisnya.. Aku lagi bersemangat untuk membaca keseluruhan citanya.. Nampaknya mmg xrugi la baca novel ni sampai abis..

Nampaknya masa xmengizinkan aku, alalala.. Terpaksa la smpai cni ja k.. Mo sambung baca novel lain lagi nie..

Nite.. 😀

April 16, 2009. Tags: , , , . Uncategorized. 2 comments.