Happy Birthday Mama..

Memories of Mine

Memories of Mine

Mak??
Terlalu bosan rasanya duduk membilang
hari.Dah hampir satu tahun lebih mak
pergi.Rasanya baru semalam mak peluk
kita kan sejuk syahdu masih terasa lagi ini
Mak tau tak,itu lah pertama kali mak
peluk anak mak yang nakal ni sejak kita
dewasa? dan itu juga terakhir kalinya
Emm rupanya mak dah tau mak nak pergi
jauh nak tinggal kan anak2 mak.nak
tinggal kan dunia fana ni.mak macam dan
sedia
Seminggu sebelum tu mak dah menganyam
tikar mengkuang 3 helai.Akak kata sampai
ke pagi mak anyam tikar tu.tanpa rasa
mengantuk,tanpa rasa letih. kakak pun
rasa hairan,mak tak pernah buat begitu.
lepas itu mak pasang radio kecil di
sebelah mak.tapi mak seolah-olah tak
sedar bahawa rancangan radio tu siaran
siam,kengkadang siaran indonesia.mak
terus tekun menganyam.Rupanya tikar yang
telah mak siapkan tu di gunakan untuk
mengiringi mak ke kuburan
lepas itu mak sapu sampah sekeliling
rumah bersih2.lepas itu mak jemur
karpet-karpet.lepas itu mak ubahkan sofa
ke tempat lain.mak biarkan ruang tu
kosong.rupanya kat situ jenazah mak
diletakkan
paling menarik sekali mak bagitahu kat
mana semua duit dan barang kemas mak
ada kat dalam almari
ada kat dalam dalam beg
ada dalam ASB
ada kat dalam Tabung Haji
mak cakap tak berapa cukup lagi
ada kat dalam gulung tikar
masa tu mak perasan tak?
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit
dalam gulung tikar.kita kata mak ni
memang pesenn lama la.mak cuma gelak saja
emm..bahagianya saat itu
Mak
Hari tu hari sabtu pukul 3 petang mak
tiba2 sakit perut
bila malam tu kita sampai dari KL mak
dah dalam kesakitan
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk
mak tetap takmau pergi hospital
dan cuma tinggal giliran kita sahaja
yang belum pujuk
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital
tapi kita berkeras juga pujuk
nanti di hospital ada doktor ada ubat
untuk mak
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak
dan urut saja
Mak tetap tak bersetuju. mak memang degil
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut
perangai mak tu
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak
makin teruk,mak sakit perut sampai nak
sentuh perut mak pun sakit kami adik
beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital
Mak
ampunkan kami semua
kami nak mak sihat
kami sayang mak
kami tak mahu mak sakit
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital
ampunkan kami ye mak
Mak
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan
itu lah pertama dan terakhir kali mak
naik kereta kita. Masih terbayang betapa
ceria dan gembiranya mak, kita kata nak
beli kereta
Mak asyik tanya saja.cukup ke duit?
kita jawab, kalau tak cukup,
mak kan banyak duit
mak gelak aje
Lepas tu bila kereta kita sampai, mak
buat kenduri kesyukuran
Dan kita masih ingat lagi bila kita
eksiden punya lah kita takut,kita
warning kakak kita jangan sesekali
bagitahu kat mak
Bila balik sahaja kampung kita
cepat-cepat simpan kereta dalam garaj
Tapi mak perasan juga bumper depan
kemek.mak tanya Kenapa?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok
bunga
Mak,tujuan kita menipu tu supaya mak tak
risau
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak
tak tau hal sebenar
mak,kita menipu mak kan? ampunkan kita
Mak
Jam 4.30am bila tiba saja kat
hospital,nurse tengah balut mak dengan
kain putih
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di
lantai hospital
Mesti mak nampak abang cium dahi mak
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak
Mesti mak nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu
mesti mak nampak semua tu kan kan kan..
Mak tau tak
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20am
kita mamandu dalam keadaan
separuh sedar
Adik kat sebelah diam melayan perasan
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala
jalan di depan terasa makin kelam
airmata dah tak mampu di tahan
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kita rela
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai
juga. disebabkan pagi masih awal,jadi
jalan tu lengang,kosong.sekosong hati ini.
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan
subuh itu lain benar suasananya
terasa syahdu dan sayu begitu dingin.
Mak
kita masih ingat lagi
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan

Anak2 mak yang pangku masa mak mandi
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak
kita gosok kaki mak perlahan lahan
Mak perasan tak?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita
Dia kata “dik jangan nangis. kalau
sayang mak jangan buat
begitu.jangan
nangis ya”
Bila makcik tu kata begitu
lagi la laju airmata ni.tapi kita kawal
supaya tak menitik atas mak
Mak
Sampai takat ini surat ni kita tulis
kita nangis ni
Ni kat dalam bilik baru pukul 4am
tak ada orang yang bangun lagi
kita dengar nasyid tajuk “anak soleh”
kita sedih.kita rindu kat mak!
Takpa lah.nanti bila kita selesai
sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak
mak tunggu ya!
Mak
Sebelum muka mak ditutup buat selamanya
Semua anak2 mak mengelilingi mak menatap
wajah mak buat kali terakhir
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja
Mak rasa tak masa tu kita sentuh dahi mak
kita rasa sejuk sangat dahi mak
kita tak mampu nak cium mak.kita tak daya
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi
mak dengan air mawar
Airmata kita tak boleh tahan
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni
jadi imam solat jenazah untuk mak
tapi kita suruh tok imam bacakan doa
sebab kita sebak
Jam 12pm mak diusung keluar dari rumah
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik
badan akak terasa panas
mak,anak mak yang seorang tu demam
Mak tau cuma akak seorang saja anak mak
yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan
Mak
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi
Begitu terasa kehilangan mak boleh kata
setiap malam selepas maghrib anak mak
ini berendam airmata
Dan sampai satu tahap masa tu malam
jumaat selepas maghrib
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan
entah Kenapa bila kat bilik kita
keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi
semakin kita tenung terasa semakin sayu
tangisan tak dapat dibendung
Mak tau kita cuba bertahan
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda
kita rasa nak telefon mak
nak cakap dengan mak
anak mak yang ni dah tak betul kan?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita
telefon kampung
kita cakap dengan kakak kita nangis lagi
Puaslah kakak memujuk kita
Akak kata”tak baik la nangis aje.doalah
untuk mak.nanti kalau gini
saja mak yang susah kat sana”
Dan akhirnya akak juga nangis
Agaknya mak nampak adegan tu sebab malam
jumaat kata orang roh balik rumah
mengharap sedekah dari anak2nya
Mak tau tak di saat itu kerinduan terasa
menusuk sehingga ke hulu hati rasa nyilu
sangat
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu
sakit dalam dada ni
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma hanya sedekah al-fatihah
kita berikan
Mak
cukuplah sampai sini dulu
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu
kejap lagi kami nak pergi solat subuh
kat masjid
selalunya, kita yang bawak mak naik
motor kan
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah
pula
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini
lepas itu kawan kita bagitahu simpan
saja buat kenangan
kita cuma tau alamat ni aje
tak mengapa ye mak kita kasi orang lain baca
kita stop dulu sebab kawan kita dah lama
tunggu tu
Mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan
terima kasih kerana
membesarkan kita
memberi seluruh kasih sayang dari kecil
sampai masuk sekolah
sampai masuk universiti
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang
boleh rasa duduk kat negara orang
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan
mampu kita balas

Salam Sayang
~Anak mak yang dah tak degil~

I got this CERPEN from manisnyakenangan.blogspot.com.. Btul2 ada related with my life..

She is the best Mom and I really LOVE her..

AL FATIHAH

HAITI BINTI MADOL

01/12/1963 – 26/04/2007

December 2, 2008. Family.

Leave a Comment

Be the first to comment!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback URI

%d bloggers like this: